Home » Archives » September 2007 » Kempen Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA-Utusan

[Previous entry: "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"] [Next entry: "Warga Radio Amatur ANSERI"]

09/05/2007: "Kempen Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA-Utusan"


Kawan-kawan,

Jom kita menderma darah beramai-ramai hari Sabtu dan Ahad ni. Dekat mana? Tengok list lokasi dibawah. Seluruh negara ada. Moh! Jangan tunggu lagi. Tak ada menda yang tak boleh buat. Lawat www.ansara.org.my untuk maklumat lebih lanjut.

QRT and 73 de 9W2BBS.

Kempen Derma Darah PraRamadan

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN (UTUSAN)

“DI negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, sampai satu tahap, kakitangan tabung darah hospital terpaksa menunggu di masjid-masjid selepas solat tarawih untuk merayu penderma darah.

‘‘Kekurangan bekalan darah di sana lebih teruk berbanding negeri-negeri lain (terutamanya Lembah Klang) disebabkan oleh taburan penduduk muslimnya yang lebih tinggi,’’ kata Dr. Mohd. Halim Abu Bakar.

Begitu sekali? Pengarah dan Koordinator Nasional Kempen Derma Darah PraRamadan Ansara-Utusan itu menceritakan betapa sukarnya untuk mendapatkan bekalan darah mencukupi sepanjang bulan puasa yang bakal menjelang kembali, tidak lama lagi. Tambahnya, Pusat Darah Negara (PDN) bukan tidak pernah cuba membuka pintu mereka dengan melanjutkan waktu operasi ke sebelah malam bagi tujuan tersebut, tetapi nampaknya, usaha itu juga menemui jalan buntu.

Saban tahun, setiap kali Ramadan bertandang, rayuan yang sama akan kedengaran berulang kali seperti tahun-tahun sebelumnya. Bekalan darah di tabung darah seluruh negara akan mengalami krisis simpanan yang meruncing kerana umat Islam tidak dapat menderma darah pada siang hari ketika melaksanakan Rukun Islam ketiga itu.

‘‘Lazimnya, bilangan penderma darah pada bulan Ramadan turun mendadak kerana dianggarkan lebih 75 peratus penderma darah semasa terdiri daripada orang Islam.’’

‘‘Keadaan ini diburukkan lagi dengan musim perayaan khususnya akhir Ramadan dan awal Syawal di mana perantau pulang beraya di kampung sekaligus menyaksikan peningkatan kes-kes kemalangan jalan raya berbanding perjalanan biasa,’’ ujar Dr. Mohd. Halim.

Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk mengadakan kempen yang diadakan buat julung kalinya itu, beliau berkata, sebagai seorang doktor, beliau memahami peritnya bertarung dengan masalah itu.

‘‘Setiap kali mendegar rayuan mengenainya di buat di media, saya dapat merasai kesengsaraannya apatah lagi tugas saya sebagai seorang pakar perbidanan dan sakit puan. Rayuan sebegini sepatutnya tidak kedengaran lagi...’’

‘‘Bayangkan dalam saat-saat getir proses kelahiran secara normal atau pembedahan caesarean, tiba-tiba berlaku kecemasan sampai terpaksa berlari ke sana ke mari nak ganti darah.’’

‘‘Ini semua boleh mengancam nyawa ibu yang mengalami pendarahan teruk (pendarahan tidak henti-henti) atau tumpah darah khususnya, dalam masa yang begitu singkat sahaja,’’ katanya."

Ketika ini, seperti yang selalu kita saksikan di kaca televisyen, seluruh ahli keluarga akan dipanggil untuk menderma darah mereka.

Di samping itu, tegas Dr. Mohd. Halim, memastikan bekalan darah yang cukup sepanjang masa di seluruh negara adalah sangat penting dalam menyelamatkan nyawa para pesakit yang menjalani prosedur pembedahan, mangsa kemalangan jalan raya dan industri, mangsa bencana, para pesakit gangguan darah seperti talasemia dan leukemia. Malang tidak berbau. Hari ini hari orang, esok lusa siapa tahu, mungkin hari kita pula. Mereka juga mungkin terdiri daripada kalangan orang-orang yang anda sayangi, ahli keluarga anda sendiri.

Beliau berkata, selain membantu tabung darah menampung keperluan darah semasa bulan puasa, kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran di
kalangan rakyat Malaysia tentang peri pentingnya menderma darah.

‘‘Kami juga mahu membantu Kementerian Kesihatan mencapai sasaran lima peratus dari penduduk negara ini sebagai penderma darah yang kini masih jauh berkurangan.

‘‘Selain itu, ia diharap mampu menjadikan amalan murni ini sebagai satu budaya sihat di negara ini. Tidak perlulah kita merayu-rayu lagi selepas ini. Biarlah ia datang secara sukarela dari hati rakyat Malaysia,’’ jelasnya.

Derma darah serentak seluruh negara

‘‘Ansara telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen Derma Darah Praramadan yang julung kalinya diadakan ini, di semua bandar utama seluruh negara.

‘‘Kami telah memilih Sabtu dan Ahad terakhir sebelum bermulanya Ramadan 1428 hijrah (bersamaan 8 dan 9 September 2007) untuk mengadakan kempen ini secara serentak di 13 lokasi,’’ kata Dr. Mohd. Halim. Menurutnya, tarikh tersebut dipilih mengambil kira jangka hayat darah yang hanya mampu bertahan selama 35 hari selepas didermakan.

‘‘Adalah menjadi hasrat kami untuk menjadikan kempen seumpama ini sebagai acara tahunan pada waktu yang sama (Sabtu dan Ahad terakhir sebelum bermulanya Ramadan).

‘‘Kami berharap agar rakyat Malaysia akan bersama-sama kami bagi menjayakan kempen derma darah ini bagi keperluan kita bersama tanpa mengira agama mahupun keturunan.

‘‘Memandangkan AEON memberikan kami laluan untuk menggunakan lokasi mereka di pusat membeli belah Jaya Jusco, singgahlah menderma darah sambil-sambil anda membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak,’’ ujarnya.

Kira-kira 400 sukarelawan Ansara yang terdiri daripada pelbagai profesionalisme dari doktor, peguam, jurutera, arkitek dan sebagainya telah bekerja keras bagi merealisasikan kempen ini sejak beberapa bulan ini. Selain Kumpulan Utusan dan AEON Jusco, kempen diadakan dengan kerjasama PDN dan ditaja oleh Telekom Malaysia Bhd. (TM), Nestle, F&N, KPJ Health dan Edaran.

Kepada semua penderma budiman, anda adalah wira yang tidak dikenali namun jasa anda sentiasa dihargai. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

Kriteria pendermaan darah

Anda layak menjadi penderma darah sekiranya berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Seseorang individu boleh menderma hingga tiga kali dalam setahun.
Hanya kurang satu pint (350 hingga 450 ml) darah diambil dalam masa sesingkat 10 minit sahaja. Setiap satu pint berupaya membantu sehingga tiga orang pesakit yang amat memerlukan darah.

Mengenai Ansara

Ansara adalah nama singkatan untuk Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Malaysia, yang berpusat di Bangunan Mara, Kuala Lumpur. Sehingga kini, sebanyak 34 buah MRSM yang ada di negara ini telah melahirkan lebih 40,000 pelajar lepasan MRSM dalam pelbagai bidang. Dari semasa ke semasa, Ansara yang kini dipimpin oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir selaku presidennya, terbabit di dalam pelbagai program komuniti baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Ahli-ahli Ansara antaranya telah membantu mangsa tsunami dan mangsa banjir besar Johor manakala di luar negara, mereka terlibat secara langsung dalam Misi bantuan Ambon, Indonesia dan beberapa program kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Senarai lokasi kempen derma darah

* Kuala Lumpur – Jaya Jusco Cheras Selatan pada 8 September 2007 (10.30 pagi-8 malam) dan 9 September (10.30 pagi - 6 petang)
* Johor Bahru – Atrium, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 8 September (10.30 pagi-5 petang) dan 9 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Johor Bahru – Jaya Jusco Tebrau City pada 9 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Melaka – Mahkota Parade pada 8 dan 9 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Seremban – Seremban Centrepoint pada 8 dan 9 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Klang – Jaya Jusco Bukit Raja pada 8 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Ipoh – Jaya Jusco Kinta City pada 8 dan 9 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Pulau Pinang – Queensbay Mall pada 8 dan 9 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Alor Star – Alor Star Mall pada 8 dan 9 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Kangar – Hospital Kangar pada 8 September (8.30 pagi - 4.30 petang)
* Kota Bharu – Billion, Kota Sri Mutiara pada 7 dan 8 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Kuala Terengganu – Pusat Perdagangan Terengganupada 8 dan 9 September (10.30 pagi - 5 petang)
* Kuantan – Kuantan Parade pada 8 dan 9 September (10.30 pagi - 5 petang)

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini bolehlah menghubungi Dr. Mohd. Halim melalui e-mel: drhalimb@streamyx.com.

Sumber: Utusan Malaysia (2 September 2007)


Replies: Baru ada 1 komplen...

on Friday, September 7th, Azrina said

Bro, derma darah gaks ker?

Wa tak leh, wa vampyre...minum darah, tak leh derma.

Hehehe. crazy


Love shopping in US? No US address? Use VSHub! vsHub Share Program
Pix of de Day

Utama
Who? Me?
Fahroe Ibrahim. Mid 30's, love's net & meeting up new friends. Known as 9W2BBS on air and PaRoe in real life.
Got mail client? Use it la ...
My MukaBuku
My Burung Twit
Arkib blog
Album gambar @MukaBuku
Fahroe @Blogspot
BBS Ol Skool
Boblbee Project
Tempek la sket, kasik note..
Nama Korang:

Ape komplen?:


Image Verify:
anti-spam 
 



Check out my fevs link-up
MARES
Fahroe.Com
SlashDot.Org
Boblbee
Anseri.Org
Ansara.Org.My
PalmX
TheStar
Google
Google News
SexyLosers
ASTRO
Hitz FM
Mix FM
Mambo OpenSource CMS
ThinkGeek
Hack In The Box
Famous-Smoke
SamSpade
BabelFish
Ananova
I-Symbian

Powered by
Powered By Greymatter
Domain and Hosting provider Easynet-Interactive
Common Rights via
Creative Commons License

Join us
Project Petaling Street

Best view with Mozilla browser, 16 million colors, 1024 x 768 pixels and a pair of good eyes. Lower resolution may produced undesirable result.

Tracked by


Copyright Www.Fahroe.Com 2009.
Disclaimer:
All rights reserved. Anything that I write here is my own personal opinion and feelings.
All other links and trademarks are the property of their respective owners.
I will not be liable for the content and views posted/commented by the visitors to this site.
And by the way, yesterday was the dateline for any complaints.