[Previous entry: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM - part 4"] [Next entry: "Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Semua.. :)"]
10/17/2006: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM - part 5"
Sambung lagi cerita..
Author: Lan Besut (lanbesut[at]yahoo.com)
Original post: http://groups.yahoo.com/group/isk9396/message/17388
Hoh... Dinbesut rupanya penembak misteri tersebut... Nampaknya... Misteri Mercun Meletup dlm kain mat kedah ini bukan lagi misteri...
Tapi tak mengapa,... penulis akan tetap meneruskan niat untuk bercerita tentang kejadian yang menyayat hati itu...
Tanpa disangka-sangka...
Mat kedah menuju ke arah sliding door di hall. Aku perhatikan pergerakan beliau dengan penuh
konsentrasi. Pada ketika itu aku sedang duduk rilek2 kat atas sofa di hall D07. Entah kenapa aku tiba2 aku tersenyum kerana gelagat beliau ade sedikit kelakar. Aku tak tahu kenapa aku rasakan yang budak ini kelakar. Mungkin daripada gaya die berjalan aku dah tahu buat tafsiran yang budak ini ade sedikit kelakar yang akan mewarnai kehidupan ISK kita ini. Aku telah menjangka beliau akan membuka sliding door tersebut, aku cuba bagi warning kat mat kedah supaya berhati2 kerana G07 bakal di serang pada bila-bila masa saja secara berbisik. Beliau mengangokkan kepala tanda akur. 'OK' kata mat kedah.
Beliaupun dengan konfidentnye membuka sliding door itu. Beliau sempat mengambil nafas udara segar kampus UTM yang indah dan permai ini beberapa ketika. Tiba2... tembakan yang pertama daripada D06 secara tidak diduga sama sekali telah meluru kearah Mat Kedah yang sedang berdiri di muka sliding door tersebut. Aku pun telah menukar posisi duduk ke berdiri tanda bersedia menghadapi segala kemungkinan. 'Zuuufff' bunyi 'mercun lidi' yang dilancarkan oleh penembak
misteri(din besut) dari G06 telah terkena lantai di bahagian luar sliding door G07 dan dengan cara
spontan mat kedah melompat untuk mengelak kononnya.
Nasib tidak menyebelahi beliau, mercun lidi telah melantun dan menuju kearah beliau. Secara tiori fizik, Apabila beliau melompat, kain pelekat yang dipakai akan mengembang kerana rintangan angin dan telah memberi ruang kepada mercun tersebut untuk masuk dan berlegar2 didalam kainnya itu.
Aku cuba menyelamat keadaan, Ketika mercun tadi masih belum meletup. Tapi apakan daya, mat Kedah melompat2 sehingakan prosess menyelamat menjadi sukar. Aku tak boleh buat ape? kecuali hanya menunggu masa mercun itu meletup. Ketika saat yang paling genting itu aku sempat berdoa supaya beliau dicucuri rahmat.
'Bang' bunyi mercun meletup dalam kain. Aku lihat asap berkepul2 keluar dari celahan kain mat kedah.
Ohhhh... syukur kepada tuhan kau masih hidup mat kedah. Aku cuba bantu beliau kenal pasti tahap kerosakan kain di alaminya. Alhamdulillah, letupan tadi hanya meninggalkan kesan lubang sebesar jari telunjuk di tengah2 bahagian kain. Nasib baik tak terkena satu-satunya barang berharga yang terletak didalam kain tersebut ketika letupan berlaku.
Aku dan mat kedah cuba kenal pasti dari bilik manakah datangnya mercun itu tadi. Sampai sekarang menjadi misteri, tapi kami ade suspek yang boleh dipertimbangkan untuk siasatan lanjut.
Rupa-rupanya penembak misteri itu adalah din besut... Ih ih ih ihhhhh....
Selepas kejadian seranagn awal itu, suasana dua blok G06 and G07 menjadi sunyi sepi buat s seketika. Aku pung pergi ke markas G06 iaitu bilik DinBesut. Setibanya aku di bilik din besut, kelihatan beberapa orang yang aku kira mustermind sedang berbincang tentang strategi untuk lancarkan serangan baru.
Aku bertanyakan meraka tentang serangan misteri itu. Tetapi, tiada seorangpung yang boleh memberikan penjelasan.
Kalau tak silap aku, serangan seterusnya dilancarkan kira2 pukul 6pm. Beberapa das tembakan telah mengena sasaran strategik pihak G07 termasuklah seluar dalam merah yang menyakitkan mata tergantung sekian lama yang mencetuskan dendam kasumat di setiap hati para ahli G06.
Serangan balas dilakukan oleh pihak G07. Tetapi hanya serangan yang melepaskan batuk ditangga. Pihak G06 langsung tidak tercabar ketika itu. Mungkin Pihak G07 menagalami masalah ekonomi ketika itu menyebabkan buget pertahanan mereka telah dikurangkan.
Serangan dihentukan untuk memberi ruang berbuka puasa. Selepas selesai solah terawih, serangan bertubi2 diteruskan ke G07. Pada masa ini menyaksikan kehadiran Felow, untuk mententeramkan keadaan.
Kehadiran felow secara mengejut menyebabkan ramai anggota telah ditahan di kedua-dua belah pihak. Apa yang menjadi tanda tanya ialah, bagai mana Kolenel Drus dan general Dinbesut boleh terselamat daripada ditahan oleh felow.
Apa yang berlaku ialah, ketika felow menjalankan siasan ke bilik General DinBesut, dengan segeranye din besut mencapai buku dan kopiah untuk dipakai di kepala. Fellow langsung tiada prasangka. Kolenel drus pula pada masa itu, sedang memegang seganggam 'Mercun Lidi' dan disembunyikan secara sepontang dibelakang sambil berbicara dgn fellow tanpa riak muka cemas.
Kemahiran berkomunikasi professionalizm mereka telah menjadi inspirasi kepada semua ahli blok G06. Maka fellow pun blah... mereka berdua telah selamat daripada ditahan...
Sekian... cerita ringkas daripada lanbesut.
Oh ya... aku lupa sapa yang kene tangkap oleh Fellow?