[Previous entry: "BBS Rindu Buka Puasa - Final Reminder"] [Next entry: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM - part 5"]
10/15/2006: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM - part 4"
Sambungan lagi cerita dulu kala..
Author: Datuk K (cyberdac[at]yahoo.com)
Original post:http://groups.yahoo.com/group/isk9396/message/17385
Din Besut sebagai Taukey Mercun sebenarnya kurang tepat. Pada pandangan umum mungkin nampak betul pada situasi tertentu secara kebetulan.
Din Besut sebenarnya salah seorang tentera bersekutu dari platoon ke2, yang setia mempertahankan G06, bersama2 jeneral Hazla dan kolonel Druss. Platoon lain terdiri daripada Nik Amar, Labu, Fazly Faizal bersama pahlawan2 lain yg tak jelas identiti mereka. Ada juga terdapat pertubuhan militan persendirian yang tak dapat dikenalpasti, juga bersama2 mempertahankan G06.
Bekalan mercun untuk Platoon 2 sebenarnya dari G07, orang panggil dia Black, tak ingat course apa (bukan ISK), duduk aras dua G07.
Pengorbanan Druss mesti dikenang, kerana mempertahankan G06. Seluar yg beliau pakai terbakar terkena mercun sendiri yang di sangka tak berfungsi. Mercun tu tiba2 keluar dari batang penyapu yg dipegangnya dan berlegar2 di ruang tamu aras dua sebelum terkena seluar yg dipakainya. Nasib baik beliau bertindak pantas memadam api tersebut, syukur tiada kecederaan berlaku.
Berkenaan dgn serangan mercun ke kain Mat Kedah, itu adalah satu serangan tak dirancang dan tanpa niat sama sekali.
Pengakuan Sesal: Tembakan dilepaskan oleh Din Besut (memegang batang penyapu) bersama Hazla (tukang cucuh mercun dan masukkan dalam penyapu), pada asalnya kami jadikan bilik tgh aras dua G07 sebagai sasaran (suspek kubu musuh). Tapi malang tidak berbau, mercun mengubah haluan sendiri dan tersasar ke ruang tamu G07, dan masuk ke celah kangkang Mat Kedah yang malang yg tak bersalah, tembus kain pelikat beliau. Sampai sekarang Din Besut dan Hazla menyesal dgn kejadian tu, dan harap Mat Kedah sudi memaafkan mereka berdua. Sehingga sekarang Hazla tak dapat dihubungi. Dia menghilang diri mungkin jugak kerana sangat kesal dgn kejadian menyayat hati tu. Peristiwa yang tak dapat dilupakan, rakaman peristiwa tu masih jelas dalam memori aku sampai sekarang.
Moral of the story:
Jangan jalan2 kat ruang tamu pada musim peperangan, sila akur perintah berkurung.