[Previous entry: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM"] [Next entry: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM - part 3"]
10/11/2006: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM - part 2"
Sambungan dari cerita sebelum ini...
Author: Lan Besut (lanbesut[at]yahoo.com)
Original Post: http://groups.yahoo.com/group/isk9396/message/17362
Oleh kerana ade permintaan daripada sahabat kita Irwan... Aku akan sambung juga kisah tersebut.. Hari ini
Kisah dahulu...
aku bersama fahroe naik kete pulang ke D06 untuk dapatkan bantuan... Datang dua jejaka tampan yang elok pada pandangan mata, salah sorang daripada mereka itu adalah kawan kita jugak yang memiliki susuk badan agak kurang tinggi dan sedikit kurus kering.. Memulakan Jurus Pendinding, Tenaga dalam sedang dijana di tapak tangan mereka untuk jurus kedua aku kira.. iaitu....
Episod seterusnya... JURUS PEMECAH
Introduction:
Jurus Pemecah adalah tingkat jurus tenaga dalam di tahap yang ke dua. Selalunya, jurus ini digunakan untuk memecahkan Ilmu Kebal Pihak lawan. Dalam situasi Pak Long ini, aku kira mereka berdua telah modify sikit jurus tersebut untuk pisahkan Jasad Pak long dan Ganguan tersebut. Tidak mungkin mereka gunakan jurus ketiga dan empat kerana jurus itu mampu cederakan orang lain yang berada disisi dan bahaya.
Alaaaa.. macam dalam citer Dragon Ball tuh... Gelombang KA ME HA ME HA Nanti tak pasal2 aku and fahroe kene karen letrik.
Baca disini untuk kisah seterusnya..
Kategory jurus tiga dan keatas hanya boleh digukan ketika terdesak. Manakala jurus ke tujuh adalah jurus yang ter akhir yang dikenali
sebagai JURUS PEMUTUS/PENYELESAI.
Kembali kepada sambungan cerita...
Tiba-tiba...
Aku perhatikan mata urat tertentu di bahagian atas kening mereka berdua masing2 ada satu benjolan kecil. Baru aku ingat, ketika melakukan jurus tersebut, kene control pernafasan dan denyut nadi. Secara nature, benjolan itu adalah satu signal kepada diri pengamal supaya mengatur semula pernafasan. Sejurus selepas itu, satu suara yang amat ngeri dan menyeramkan kedengaran. "Arrrrghhhh..." keluar
dari mulut Pak Long tanda kesakitan yang amat sangat sambil meronta.
Suasana semakin runcing dan aku sedikit panik ketika itu... maklumlah masih blur masa tuh. Maaflah... aku sdikit terkentut masa tuh...di dalam kereta... Tak tahan babe... dok pegang tangan dan bahu Pak Long supaya dia tak meronta.
Ketika suara ngeri itu kedengaran, mereka berdua secara serentak memulakan jurus kedua tersebut. Alahai terkezutnya aku pada ketika itu...
mereka berdua juga produce suara pekikan yang amat kuat dengan penuh bertenaga. Aku kira mereka berdua buat pekikan untuk menggalakkan
lebih tenaga dalam keluar.
Jantung ku berdegup dengan pantas... aku tak tahu laaa... dalam fikiranku semakin bercelaru dan sedikit kagum. Bercelaru memikirkan nasib aku yang sedang memegang pak long... Kagum bila fikirkan Ilmu Tenaga Dalam yang aku tengok dgn mata kepala aku sendiri. Kalau tak silap aku, mereka berdua ade buang 3 benda...
Jeng Jejeng... aku sendiri pun tak tahu apekebendetu... Base kapada firasat aku... benda itu adalah golongan jin kemungkinan orang bunian.
Wassalam... semoga kisah tersebut jadi iktibar.
P/S: Mintak tolong jangan forward atau sebarkan email ini keluar daripada egroup. Kisah ini hanya untuk ahli sahaja.