[Previous entry: "2.47 AM... tido la wehhhhh"] [Next entry: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM - part 2"]
10/10/2006: "Kelas 2A dan 2B masa first year dekat UTM"
Cerita kat mailing list ISK9396 UTM.
-- begin
Author: Lan Besut (lanbesut[at]yahoo.com)
Original Post: http://groups.yahoo.com/group/isk9396/message/17357
Yeah...
Aku adalah salah sorang yang terheret oleh suasana ikut sekali dalam kancah tersebut. Entah kenapa rasa seram ketika itu telah menyelubungi bulu leher ku... Menandakan kehadiran sesuatu yang tak boleh dilihat oleh mata kasarku. Aku diselubungi misteri.
Ketika dalam perjalan dari kelas tadi.. selama 10 minit aku bersama Pak Long di dalam sebuah kereta menuju D06. Hoh.. gangguan ini seakan aku kenal... oh ya.. aku dapat rasakan Pak Long sukar bergerak seolah dihimpit sesuatu amat berat di atas dirinya.
Setibanya aku di D06, maka dengan bergegasnye sahabatku yang bernama Fahroe pergi mendapatkan bantuan. Ya.. Fahroe namanya... Glamour nama tersebut.. tak tahu kenapa. Seluruh alam siber kenal
akan nama tersebut. Fahroe adalah sahabat kami yang optimis dalam sepanjang pergaulan kami.
Sejurus selepas itu, datanglah dua orang memberi bantuan. Aku kira mereka ini sebaya denganku. Mereka berlari kearah kami sambil melompat anak. salah seorangya adalah kawan ISK kita juga. Tanpa apa-apa bicara, mereka tadi memasang kuda2 jurus pendinding dan menyebut kalimah suci 'Allah Huakbar' sebanyak mungkin. semakin banyak kalimah suci disebut mereka, maka semakin kuat tenaga bantuan dari Ilahi dikumpulkan. Setelah seketika, dirasakan semakin kuat aura tenaga terkumpul ditapak tangan mereka itu. Aku kira sudah cukup untuk menarik keluar ganguan tersebut. Tiba-taba...
Bersambung minggu hadapan.....