[Previous entry: "IE Screw U!!!!"] [Next entry: "Wassini - Waheeda"]
12/08/2003: "Blues Isnin"
Dok dengar: Masih dengan Waheeda - WassiniMood masa tulis nih: Sedikit Gumbira
Yah.. hari Isnin menjelma. Aku pagi nih patutnya pergi ke tempat client. Just to make sure with them, aku call la client aku. Nasib baik.. client mintak postpone pergi hari Selasa. Tak berapa lama pas tuh, dia call balik mintak tangguh to another date. Hmmm. .cam nih la depa, asyik tertangguh. Padahal, last week jugak depa nak aku pergi sana, tak leh tukar date laa.. time laaa... apa la.. Ape nak buat customers always right. Sabo ajer laar.
So sepanjang hari aku dok menggodek PC Mimos. Ada budak baru nak masuk, PC tak cukup. Just prepare ape yang patut, dapat la salvage balik 3 unit. Pening la jugak machine tuh.. hang sokmo. Cam soyal punya machine. Kalau ikut hati, aku dah campak dah masuk Sg. Kelang. Malas nak komen aah.. tak gune ajer.
Semalam aku pergi majlis sanding anak uncle aku. Actually bukan la uncle betul, just aku senang panggil dia uncle. Majlis kat dewan Tabung Haji. Anak laki dia tu kira kamceng aku la masa kecik-kecik dulu. Partner in crime la kunun. Muda 2 tahun dari aku. So, lepas ajer majlis, jumpa la family dia semua.. aku kene la soalan soalan cepu mas yang jawapan dia ntah tak tau nak korek dari mana. Paham ajer laa.. Cakap banyak tak mau... tak lama lepas majlis tamat, aku cabut terus. Malas nak dengar komen banyak sangat. Majlis dia OK. Siap ada slide show la, and the best part, ade kompang real. Bukan pakai CD/Kaset yang banyak orang buat sekarang. Aiseh, ilang la seri kompang tuh. Aku masa kat maktab dulu, main la jugak kompang. Besh woooo.. esp bila bebudak aku buat sessi cipta lagu sendiri. Kira duduk tepi gym ramai ramai, dengan kompang masing-masing. Then sorang start la dia punya rentak. Yang lain tuh.. dengar dulu.. then sape ade idea, masuk sikit sikit. One after another. Last last jadik sedap la pulak. Tapi bila end ajer, nak repeat balik... sudahh. Tak ingat dah. Kira impromptu punya rentak lar. Kewl seh..
Lupa plaks.. nak ucap Selamat Pengantin Baru to Ahfit n Muhsin of Anseri. Moga kekal ke anak cucu.